MUHASABAH
SOPAN HIDAYAT : Sedarilah bahawa masa hidup kita sungguh terbatas. Nafas kita hanya sesaat.
Setiap tarikan dan hembusan nafas tak lebih dari sebuah pertanda bahawa usia kita di dunia telah berkurang..
Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini.
Kerananya, setiap saat yang ditinggalkan bahkan setiap bahagian terkecilnya adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya.
Kerananya jangan sia-siakan permata umurmu tanpa melakukan suatu amalan.
Jangan engkau biarkan ia pergi tanpa mendapatkan balasan yang setimpal.
Bersungguh-sungguhlah agar setiap tarikan nafasmu tak pernah kosong dari kesolehan dan taqarrub padaNya.
Sebab jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu, betapa sedihnya hatimu diakhirat nanti dihadapan Allah nanti…
Bagaimana jika yang hilang adalah permata akhiratmu?
Bagaimana mungkin engkau bisa menyiakan dan membuang detik-detikmu begitu saja?
Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ saja, padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus?
Janganlah tertipu dengan banyaknya Amal ibadah yang telah di lakukan, kerana Sesungguhnya kita tidak mengetahui apakah ALLAH menerima amalan itu atau tidak.
.
#BerbagiItuIndah
#BacaanKaumMilenial
Post a Comment